Monday, March 16, 2009

Pengenalan

Pusat Perkhemahan Dan Percutian Kem Desa Selesa terletak di Tanjung Malim, Perak yang bertemakan pusat perkhemahan dan percutian dalam dusun buah-buahan dengan dikelilingi dengan hutan yang menghijau. Pemandangan di Kem Desa Selesa ini sangat menarik perhatian pengunjung kerana dipenuhi pohon-pohon buah-buahan. Selain kedudukannya yang berhampiran dengan Sungai Samak memberi kelainan kepada pengunjung yang datang. Dengan kemudahan yang mencukupi serta selesa, Kem Desa Selesa menjanjikan kepuasan kepada setiap pengunjungnya.


Matlamat utama kami adalah mewujudkan pusat perkhemahan dan percutian yang terancang dan selesa untuk didiami di samping lengkap dengan pelbagai kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan pelbagai lapisan masyarakat



Objektif Kami


Menyediakan kemudahan perkhemahan dan percutian yang baik dan serba lengkap.Kemudahan aktiviti indoor yang baik.Aktiviti indoor/outdoor yang mencabar.Alternatif kepada pelanggan untuk membuatpilihan yang terbaik.



Visi Kami


Memberikan kemudahan perkhemahan, percutian dan latihan yang baik, berkualiti dan selamat.



Misi Kami



Menyediakan kemudahan latihan yang baik dan mencukupi dengan persekitaran yang masih mengekalkan ekologi sedia ada dengan pakej yang berpatutan untuk memenuhi keperluan dan sasaran pelbagai kategori pelanggan.



peta lokasi

Kemudahan-kemudahan

Kemudahan Penginapan

Kem Desa Selesa menawarkan pakej kemudahan yang menarik untuk mereka yang inginkan cabaran dan keindahan alam semulajadi

Chalet (4-6 orang sebilik)
Dewan Serbaguna
Dewan Makan

Kemudahan-kemudahan

Asrama (kapasiti 200 orang)



Wakaf/Surau



Tapak Perkhemahan



Dewan Terbuka




  1. Pakej & Perkhidmatan

    Kemudahan Bayaran per hari
    Chalet 4 orang RM 60.00
    Chalet 6 orang RM 80.00
    Chalet VIP RM 120.00
    Asrama (dom) RM 12.00 (1 orang)
    Dewan RM 100.00
    Tapak perkhemahan RM 5.00 (1 orang)
    Makan 6 Kali Sehari RM 25.00
    Makan 5 Kali Sehari RM 22.00
    Makan 3 Kali Sehari RM 15.00
    BBQ Mengikut RM 8.00- 12.00
    Permintaaan

Pihak kami juga menyediakan perkhidmatan Jurulatih/Fasilitator bagi program indoor pada kadar RM 50.00 - RM 100. 00 sejam


Pihak Kem Desa Selesa juga sedia menerima bayaran melalui Local Order (L.O), Cek, Tunaatau pun ke terus ke Akaun Syarikat Am Bank (122-202-200070-0)

Aktiviti-Aktiviti Menarik Yang Ditawarkan

Aktiviti-aktiviti yang disediakan di Kem Desa Selesa adalah bertujuan untuk membina kekuatan dari segi mental dan fizikal. Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti yang ditawarkan kepada pelanggan kami :

Outdoor
*Sukan Air
*Jambatan Gantung
*Jungle Trekking



Indoor
*Program Team Building
*Kem Pemantapan Organisasi
*Kem Bina Insan
*Motivasi Pelajar
*Hari Keluarga


Pihak Kem Desa Selesa juga menyediakan khidmat jurulatih serta fasilitator yang terlatih untuk mengendalikan aktiviti yang dijalankan dengan bayaran yang berpatutan.


Untuk Makluman :
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan hartabenda, kerosakan, kecederaan dan kemalangan yang berlaku sepanjang berada di kawasan kem.