Monday, March 16, 2009

Pengenalan

Pusat Perkhemahan Dan Percutian Kem Desa Selesa terletak di Tanjung Malim, Perak yang bertemakan pusat perkhemahan dan percutian dalam dusun buah-buahan dengan dikelilingi dengan hutan yang menghijau. Pemandangan di Kem Desa Selesa ini sangat menarik perhatian pengunjung kerana dipenuhi pohon-pohon buah-buahan. Selain kedudukannya yang berhampiran dengan Sungai Samak memberi kelainan kepada pengunjung yang datang. Dengan kemudahan yang mencukupi serta selesa, Kem Desa Selesa menjanjikan kepuasan kepada setiap pengunjungnya.


Matlamat utama kami adalah mewujudkan pusat perkhemahan dan percutian yang terancang dan selesa untuk didiami di samping lengkap dengan pelbagai kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan pelbagai lapisan masyarakat



Objektif Kami


Menyediakan kemudahan perkhemahan dan percutian yang baik dan serba lengkap.Kemudahan aktiviti indoor yang baik.Aktiviti indoor/outdoor yang mencabar.Alternatif kepada pelanggan untuk membuatpilihan yang terbaik.



Visi Kami


Memberikan kemudahan perkhemahan, percutian dan latihan yang baik, berkualiti dan selamat.



Misi Kami



Menyediakan kemudahan latihan yang baik dan mencukupi dengan persekitaran yang masih mengekalkan ekologi sedia ada dengan pakej yang berpatutan untuk memenuhi keperluan dan sasaran pelbagai kategori pelanggan.



peta lokasi

4 comments:

  1. Salam...tuan mcm mne care nk mnyewa tapak ni..

    ReplyDelete
  2. Assalam. Kalau kami mahu adakan aktiviti selama 3 hri 2 mlm utk 80 org pelajar, berapakah sebut harga? Adakah kapasiti tempat mencukupi?

    ReplyDelete
  3. Assalam. Kalau kami mahu adakan aktiviti selama 3 hri 2 mlm utk 80 org pelajar, berapakah sebut harga? Adakah kapasiti tempat mencukupi?

    ReplyDelete